SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PUTRA

 

 

 

 

 

Sekolah Kebangsaan Desa Putra, Sg. Merab 43000

Kajang, Selangor adalah sebuah sekolah dibawah pengendalian Pejabat Pelajaran Daerah Sepang telah dibuka dengan resminya pada hari Isnin 1hb. Jun 1964 dengan nama asalnya Sek. Keb. Sg. Merab Dalam. Ianya terletak disebuah perkampungan Rancangan Kemajuan tanah (RKT). Murid-muridnya adalah daripada anak-anak peneroka rancangan ini.

Bangunan asalnya siap dibina pada 1hb. Jan 1961. (Sebuah Bangunan sekolah & sebuah rumah guru). Pada awalnya sekolah ini diterajui oleh Cikgu Md Som bin Omar dari SK. Tg. Keramat, K.Selangor sebagai Guru Besar yang pertama. Manakala guru penolong kanannya pula ialah En. Anuar bin Ismail dari SK. Parit 6, Sg. Besar yang telah diarahkan bertukar kesekolah ini pada 16.06.1964.

YB. Menteri Besar Selangor ketika itu Dato' Harun bin Idris telah merasmikan sekolah ini. Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanya mempunyai 141 orang murid dan 5 orang guru sahaja.

Kini setelah 34 tahun ditubuhkan sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Desa Putra pada 14/06/1996 bersempena dengan pertukaran nama kampung ini kepada Desa Putra dan ujudnya Bandar Putra Jaya dan Ceber Jaya berhampiran dengan kampung/sekolah  ini.

Sekolah ini kini telah mempunyai 4 buah bangunan setingkat, sebuah dewan dan sebuah bangunan baru 3 tingkat. Rumah guru sebanyak 6 buah. 

Bilangan guru-guru kini telah meningkat kepada 28 orang dan 4 orang kakitangan bukan guru. Jumlah murid-murid telah meningkat kepada 680 orang murid dan 18 bilik darjah.

SENARAI NAMA GURU BESAR

MD. SOM HJ. OMAR 01.01.64 - 31.12.82
ABD. JALAL ABD. MANAF 01.01.83 - 31.07.84
ALIAS MAHADI 17.09.84 - 16.09.87
HJ. HAMID HJ. HARUN 01.10.87 - 15.07.93
HJ ABU BAKAR BIN DUGA, PJK 16.07.93 - 15.05.97
ISHAK RAMLI 16.05.97 -