SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PUTRA

 

 

FORUM

KEMENT. PENDIDIKAN

JPS

AKHBAR

 

 

Puan Hjh. Juriah Bt. Mat Som

 

 

 

 

Assalamulaikum wrt. 

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua yang telah terlibat dalam menyediakan Halaman Internet Sekolah Kebangsaan Desa Putra ini. Hasrat kerajaan dapat digamit bagi merealisasikan masyarakat bermaklumat dengan langkah awal sekolah ini menyediakan halaman maklumatnya sendiri agar semua pehak dapat menjengah ke halaman internet sekolah ini bagi mengetahui sedikit sebanyak maklumat & perihal sekolah ini disamping dapat dijadikan panduan & rujukan oleh semua pehak. Ia juga adalah merupakan program asas ke arah era globalisasi teknologi maklumat dengan mengambil kira keperluan-keperluan semasa pendidikan dan kehendak wawasan 2020.

Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan sewajarnya merupakan satu tempat yang mampu menjadi kebanggaan warganya. untuk membolehkan sekolah dibanggakan, ianya mestilah memiliki sesuatu yang istimewa, atas maksud itulah halaman web sekolah ini direalisasikan.

Akhirnya saya sekali lagi merakamkan terima kasih kerana hari ini maklumat sekolah kita akan ditatap diseluruh dunia, semoga sekolah ini akan dapat melahirkan anak-anak didik yang cemerlang dan berketerampilan di samping akhlak yang terpuji serta dapat meninggikan dan memertabatkan maruah bangsa.

Semoga Allah S.W.T mengurniakan taufik dan hidayahnya dan memberkati tekad dan usaha baik kita ini.

Sekian, terima kasih

Wassalam